No Ruj : PPOU07/05002 Tarikh : 26 MEI 2007
Perhatian : Badan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tenaga Nasional
Tan-Puan Sri/Datuk-datin seri/mataseri/badanseri/semuaserilar/mereka yang tak ada seri/KPC yang tersangat busy dengan badannya (entah lar kenapa...)
Per : Pindaan ‘Proposal’ Berkaitan 'Big G-Day' PPOU Sesi 2006-2007
Merujuk surat berdaftar PPOU07/05001 dan berhairybulan 24 Mei 2007 yang telah saya (siapa lagi kalau bukan saya?) kirimkan, saya ingin memaklumkan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan beberapa pindaan yang telah dibuat terhadap bajet yang telah dibentangkan pada tarikh tersebut. Pindaan-pindaan ini terpaksa dibuat (aih...apa nak buat..bajet dahlah tak cukup, ada pula pihak lain yang ingin claim a sizable portion of our already-small economic pie) atas sebab-sebab yang telah 'dilarikan' dan 'disorok' pihak pentadbiran. (maklumlah, 'sebab-sebab' begini suka main hide and seek dengan budak-budak PPOU)
2. Berikut merupakan butir-butir terperinci pindaan bajet yang telah dibuat dengan kehadiran senat-senat PPOU (walaupun memerlukan seorang saja untuk luluskan, yang lain..popek-popek sahaja......).
Tarikh : 23 Jun 2007 bersamaan 08 JamadilAkhir 1428H (tiada perubahan)
Bil Jeputan : 140 + manusia hidup (bucks bunny dan mickey mouse tidak akan dijemput memandangkan kos berlebihan yang akan ditanggung untuk melayan kerenah mereka yang suka bermanja-manja. Kami sedang dalam proses untuk menjemput cicakman atau keluang man dalam usaha menjimatkan kos selain terselaras dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan barangan tempatan)
Lokasi : Tengoklar dulu...mana-mana pun boleh, sebab VC bersama denga VIP-vip lain tidak akan hadir disebabkan ada hal yang lebih menarik dan mengasyikkan daripada sidang graduasi kelas PPOU ini. (maklumlah, sebahagian bajet telah 'dimakan' pihak lain disebabkan rasanya yang begitu lazat dan enak)
Aturcara :
Petang (ditukar daripada pagi disebabkan prestij petang lebih daripada yang pagi) - Upacara Pemberian sijil bersama dengan ucapan serta minum petang. (to minimize opportunity cost, we have decided to cut every decoration to the very minimal)
Butir-butir Perbelanjaan :
| Bil. | Butir | Folio | Perbelanjaan (RM) |
| 1 | Belanja Lembaga Akreditasi Negara (LAN) | 100.00 seorang (inilah butir yang suka main hide and seek) | 1 900.00 |
| | Bayaran Makan dan Minum (buffet) | RM 20.00 seorang (ahla, tak baik makan banyak-banyak, nanti dapat diabetis, tak baik untuk kesihatan) | 2 800.0 |
| 3 | Belanja Perhiasan Pentas | Tidak dimestikan | 50.00 |
| 4 | Sewa Dewan | Terima kasih atas 'keprihatinan' UNITEN untuk membenarkan kami menggunakan dewan secara percuma (walaupun tak, bagilar free sebab i dah tulis kat sini, kita orang tak cukup duit) | 0.00 |
| 5 | Graduates' Gifts | Butir-butir ini dilindungi oleh Akta Rahsia Kerajaan (OSA) | 1 710.00 |
| 6 | Belanja Am | Program Book berserta dengan kad-kad jemputan (leceh lar tapi kena buat juga untuk jemputan khas kami seperti labah-labahman) | 50.00 |
| | Jumlah Pengaliran Kewangan | | 6 510.00 |
Jumlah yang telah diperuntukkan : RM 300 x 19 orang = RM 5 700.00
Jumlah yang akan 'disumbangkan' : RM 805.00
Jumlah yang telah dibelanjakan : (-)RM 6510.00
Kurangan Bersih : (-) RM 5.00
3. Disebabkan kurangan bersih ini, kami terpaksa membatalkan 'post-outing' kami ke KLCC ataupun Chow Kit (bergantung lar kepada pelajar samada mereka mempunyai 'etika' ataupun tidak). Kami ingin meluahkan rasa sedih kami kepada pihak HEP agar pihak HEP akan bersimpati dengan kami dan dengan rela hati meluluskan permohonan kami untuk menambahkan peruntukkan kami sebanyak RM5.00.
4. Kami teramat berharap (memang dah parah ini) bahawa permintaan yang (begitu) tidak seberapa ini dapat diluluskan pihak tuan/puan secepat mungkin untuk mengubati hati-hati kami yang begitu terseksa). Segala perhatian, pertimbangan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih (sejuta lar kalau boleh, tapi kami dah penat sebab KRB ini) .
~ UNITEN Penjana Profesional ~
Yang Terpaksa Dikorbankan,
Budak-budak PPOU 2006-2007
This is about the exact budget that has been presented this afternoon. What really terrifies me is that the budget above does not include the payment incurred from the Door (and VIP-if needed) Gifts. If we were to increase our expenditures, I'm afraid that more revenue must be generated or some expenses have to be cut.. ....
ps : This post is licensed under a Creative Commons Attribution - Noncommercial-No direvative Works 2.5 Malaysia License - the link is in the sidebar if you need to view it.

No comments:
Post a Comment